Friday, 15 July 2011

MeReKa SaKiT.........

Mereka Sakit :(


Mereka sakit sekarang ni. Abah,adik-adik aku dan sekarang mak aku pulak berjangkit. Kesian tengok mereka. Sakit apa? Batuk-batuk. Teruk. Sekarangkan musim panas,cuaca tak menentu. Dah berapa minggu tak jugak baik-baik. Dari seorang ke seorang. Ya Allah,moga kami diberi kesihatan yang baik. Amin.

Paling teruk batuk abah aku tu hah. Bukan apa,dalam umur dia yang meningkat sekarang ni,aku harap dia taklah dapat sakit yang membahayakan nyawa dia. Sampai semput-semput tarik nafas. Tengah malam semalam kejut mak aku hantar pergi hospital sebab sakit dada. Alahai,sayu je aku tengok . T_T
Hope abah cepat sihat dan mak rajin makan ubat,jangan bagi melarat batuknya.

Kalau dah nak sakit,kita jangan merungut,sebab sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil :) Sakit itu jugak jalan untuk kita muhasabah diri,moga kita insaf dengan kekhilafan yang lalu.

Peringatan untuk aku juga. Doakan kita semua panjang umur dan dipermudahkan segala hal. InsyaAllah.
Photobucket

AKIM-JANJI

Nak Kahwin Dengan Anak Raja?

Nak kahwin dengan ANAK RAJA..

Kenalah berusaha,anak raja bukan jatuh dari langit..

Kalau dah jumpa,kejar sampai dapat..

Dan buktikan KETULENANNYA :

Mestilah banyak DUIT..

Pandai menari,


Bergaya ala The Beatles..

Dan mestilah BIJAK!

Bila dah dapat,tawan hatinya..jaga elok-elok..

Kunci! Mangga kemas-kemas..

Supaya elak di RAMPAS!

macam prince william dan kate ni hah. rezeki dia,dulu berangan sekarang kenyataan. 
Jadi jom kita berangan beramai-ramai,mana tahu rezeki kita pulak.. ngeh~

Sekian tips cilok dari ASTRO kemudian ditokok tambah. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekian terima kasih. hehehe. Peace ASTRO! :)

p/s : tipulah kalau korang tak pernah berangan nak kahwin dengan anak raja... alahhh segan-segan pulak.. kita sama je. hahahaha!
Photobucket

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 












Awas!Gerak Langkahmu......

Sabarlah duhai hati...
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُوعُونَ
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
( Surah Al-Insyiqaq 84 : Ayat 23)

Telur Tapau Macam2 Rasa

Cakap pasal tapau, dah semestinya sesuatu yang berbungkus terlintas di fikiran. Memang dah selalu orang buat di kedai-kedai makan. Kali ini, jom kita ber "tapau" di dapur dengan menu hidangan hari ini iaitu Telur Bungkus Aneka Rasa. Bagi mereka yang suka makan makanan yang simple dan lengkap dengan pelbagai rasa, resepi ini adalah salah satu cadangan untuk santapan anda. Selamat mencuba... :)

Bahan-Bahan :
  • 6 biji telur
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 4 ulas bawang putih (didadukan)
  • 1 biji kentang (didadukan)
  • 1 batang carrot (didadukan)
  • sedikit daging ayam -bahagian dada (dipotong nipis)
  • 3 batang crabstick (leh gak guna isi ketam)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)
  • 1 sudu besar black pepper
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit daun sup
  • sedikit garam,
  • gula
Cara masakan :
01. Tumis bawang besar,bawang putih. Bila dah garing, masukkan black pepper..
02. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri,kiub ayam dan serbuk kari...
03. Bila dah nampak garing, masukkan carrot dan kentang..Biar sampai empuk...
04. Kemudian boleh la masukkan daun sup...
05. Angkat and asingkan di dalam bekas..
06. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali.... kemudian letakkan bahan2 inti tadi di atas telur tersebut... tnggu kering sedikit then dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti tu.....
07. Terbalikkan telur tersebut. Bila dah masak angkat and boleh dihidangkan.
             p/s  : Saiz hidangan : 3 orang